Profil

Profil

Latar Belakang

Hanabil Biz Online Centre ditubuhkan pada 21 Disember 2011. Pejabat Operasi kami terletak di Greentown Nova, Ipoh Perak. Kami mempunyai Kepakaran dan Pengalaman dalam bidang Perniagaan Online, Perniagaan Butik Muslimah, Pengiklanan Online, Penganjuran Kursus dan Seminar berkaitan Perniagaan dan juga Reka Cipta Grafik, Website dan Aplikasi Web.

Antara institusi yang pernah menggunakan khidmad kami ialah, Kolej Komuniti, SME Corp Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Amanah Ikhtiar Malayisa, Politeknik Ungku Omar, UiTM, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah dan MARA.

Selain institusi-institusi ini kami juga menganjurkan kursus-kursus untuk orang awam yang ingin menjadi usahawan di Ipoh, Kuala Lumpur, Shah Alam, Sungai Petani, Alor Setar dan Johor Baharu. Kekuatan kami ialah Pengalaman kami dalam menjalankan perniagaan kami sendiri yang hanya bermula dari rumah sejak lebih 5 tahun yang lalu.



Projek Terdahulu


Semakin ramai syarikat swasta dan kerajaan telah mula memberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan syarikat kami. Banyak projek yang telah kami perolehi seperti yang dilampirkan seperi dibawah:

Contoh



Visi

Menjadi peneraju dalam menyediakan ilmu dan kemudahan terbaik untuk usahawan-usahawan online

Misi

  • Melahirkan Usahawan Dai’e Online
  • Melahirkan lebih ramai golongan usahawan dikalangan masyarakat
  • Melahirkan Usahawan celik teknologi maklumat
  • Membantu Usahawan, Badan-Badan Kerajaan, Organisasi, Syarikat-Syarikat meneroka bidang pemasaran Internet.